Baru-baru ini usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli sekali lagi terpalit dengan kontroversi berikutan dengan kenyataannya yang dikatakan telah disalah erti oleh segelintir pihak. Ianya berpunca daripada kenyataan Kak KM yang kongsikan petua jika ingin membeli rumah baharu berdasarkan amalan ‘Feng Shui’. “Feng Shui yang bagus, depan tasik putaran angin yang betul siapa yang beli tanah kat sini.” Kenyataan dan perkongsian itu sekaligus telah mengundang pertikaian warganet yang anggap Kak KM seolah-olah mengetepikan ajaran Islam. Klik sini untk lihat video.
Ada pihak berkata bahawa Kak KM harus mengamalkan solat 2 rakaat seusai mengerjakan solat Subuh jika ingin kaya. Susulan itu, Kak KM mempersoalkan semula individu tersebut sama ada dirinya sudah kaya atau tidak jika melakukan perkara sedemikian. Disebabkan itu, Kak KM tular kerana ada pihak mendakwa bahawa Kak KM cuba memperlekehkan orang yang amalkan solat Subuh itu tak kaya dan lebih suka percayakan Feng Shui. Susulan itu, menerusi TikTok, anak kepada Kak KM ada menunjukkan klip rakaman suara daripada ibunya itu yang menjelaskan hal sebenar.
“Dia kata, kalau kau nak kaya Kak KM, lepas solat Subuh kau kena buat solat 2 rakaat. Lepas mama tanya dia balik, benda tu kau tak payah ajar aku sebab aku ni sembahyang memang tak tunjuk. Tapi aku nak tahu juga, kau yang buat tu kau dah kaya ke belum, jangan nak ajar-ajar orang, mama cakap macam tu. Lepas tu dia pusing, dia kata, mama kata siapa yang buat solat 2 rakaat tu tak kaya pun? Baik ikut Feng Shui. Apa tu kak? Mama betul-betul tak boleh terima dengan benda ni. Tapi mama memang demam terus ni…”
Malah Kak KM juga mengatakan bahawa dia asyik menangis dan fitnah yang dia terima kali ini agak dahsyat. Katanya lagi, dia asyik menangis dari pagi dan kini sedang demam kerana fitnah tersebut. Jelas anaknya, Kak KM membuat keputusan untuk tidak melakukan sebarang kenyataan tetapi dia berasa marah dengan sikap segelintir pihak yang putar belit kenyataan ibunya itu. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.