Ramai sedia maklum bahawa pelawak dan penyampai radio Shuib, ada mengusahakan perniagaan minuman yang dikenali sebagai Bubble Bee. Sekitar Julai lalu, Shuib ada mendedahkan Bubble Bee meraih jumlah kutipan jualan sebanyak RM150 juta sepanjang 3 tahun dan syarikat itu sudah mempunyai puluhan cawangan seluruh Malaysia. Namun, baru-baru ini seorang individu yang tidak dikenali memuat naik kenyataan di TikTok mendakwa majikan Bubble Bee culas dalam tanggungjawab membayar gaji dan gagal membuat caruman KWSP pekerja. Menerusi pendedahan itu, syarikat Bubble Bee dikatakan menolak bahagian gaji pekerja bagi caruman KWSP setiap bulan tapi sebenarnya tiada transaksi yang berlaku pada akaun pekerja.
Dakwanya, isu ini tidak pernah berlaku sepanjang tahun 2021 dan 2022 namun apabila masuk tahun 2023, hanya satu atau dua bulan sahaja yang dicarum. Selain isu caruman KWSP, syarikat itu juga dikatakan kerap lewat membayar gaji pekerja sehinggakan melebihi hari ketujuh minggu pertama bulan berikutnya.
“Anda nampak gah di mata orang lain tapi hakikatnya anda seperti tin kosong sahaja. Anda sangat terkenal tapi tu bukan tiket untuk anda menganiayai orang yang sedang mencari rezeki,” luahnya. Dakwanya lagi, dia sudah mengemukakan aduan ke KWSP dan Buruh namun pihak berkenaan senyap seperti tiada aduan dibuat. Individu itu juga menyatakan setiap komen di Instagram yang bertanya tentang gaji dan KWSP akan dipadam. Katanya, dia berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan ada keadilan buat para pekerja yang teraniaya.
Dia turut menyertakan tangkap layar bukti caruman KWSP dan juga telah disekat daripada mengikuti akaun Shuib. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.