Penerbit dan pengarah, Michael Ang meluahkan pendapatnya berhubung isu seorang usahawan yang didakwa melabel orang Melayu sebagai bangsa pemalas dan menyatakan dirinya yang berasal dari Kemboja lebih rajin. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Michael berkata rata-rata warganet tidak menonton video penuh usahawan berkenaan dan tidak menilai konten tersebut secara menyeluruh. “Aku bukan nak ‘back-up’ mak cik Kemboja tu tapi pada aku yang maki-maki sampai sembah TMJ ambil tindakan semua itu, ada tengok tak video penuh?
Setelah menonton video penuh, Michael berpendapat wanita tersebut hanya berseloroh dengan pengikutnya namun kenyataannya telah mencetuskan kemarahan kaum Melayu. “Apa yang aku tengok dekat sosial media cuma ‘part’ yang dia menghina Melayu, tapi video sepenuhya dia ada cakap dia bergurau dan ada cakap semua bangsa ada malas dan rajin. Siapa rajin akan berjaya dan malas akan kecundang.
Bagi aku, aku rasa mak cik tu bergurau dan dia bukan la cakap benda tak baik lepas tu ‘kantoi’ baru buat video minta maaf atau beritahu ianya adalah gurauan. Pengarah filem Kimchi Untuk Awak ini turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir individu yang cepat menghukum seseorang tanpa mencari kesahihan isu tersebut “Ini masalah kita, kita tak tahu cerita penuh, terus maki-maki. Mak cik tu pun ‘meminta’ gunakan benda ini untuk buat konten. Apa yang aku nak tekankan adalah tengok sampai habis atau dapatkan sesuatu berita dengan penuh sebelum jatuhkan hukum. Aku rasa agama kita tak ajar menuduh orang membuta tuli.”
Terdahulu, ushawan yang dikenali sebagai Madame Mariyah telah dihujani dengan kritikan daripada pelbagai pihak selepas mengeluarkan kenyataan tentang kaum Melayu. Bagaimanapun, dia telah tampil membuat permohonan maaf dan menginsafi perbuatannya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.