Nur Nilam Ortiz mengesahkan sudah berpisah dengan suaminya iaitu pelakon, Azlan Komeng. Wanita itu memberitahu bakal hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis bagi membuat pengesahan lafaz talak. Berita perpisahan itu dimaklumkan sendiri oleh Nur Nilam menerusi satu perkongsian video di akaun TikTok. Walau bagaimanapun, wanita berusia 45 tahun itu tidak memberitahu punca perpisahan mereka namun seakan memberi bayangan ianya adalah disebabkan orang ketiga yang digelar sebagai ‘pelcr peribadi’ (PP). Klik sini untuk lihat video.
“Saya dan Komeng sudah berpisah. Tapi kena tunggu Khamis akan ke mahkamah untuk sahkan lafaz talak sebab lafaz dibuat di luar mahkamah. Aku rasa kau (orang ketiga) dah boleh buat persiapan majlis kesyukuran sebab kau teruja nak jadi isteri kepada artis. Aku doakan korang bahagia, supaya Allah memberi hidayah kepada korang.” Dalam pada itu, Nilam turut memberi bayangan mendakwa wanita itu pernah menjalinkan hubungan dengan Azlan sebelum dia berkahwin.
“Setahu aku sebelum wujud kau, Komeng dah ada isteri tetapi kemudian pisah. Selepas itu dia berkahwin dengan aku, tetap tak ambil kau jadikan isteri. Boleh ke dari title PP menjadi isteri? Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.