Pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar berasa tidak selesa apabila namanya terpalit dengan isu rumah tangga melibatkan pempengaruh media sosial, Alif Teega. Memetik laporan Harian Metro, Alif atau nama penuhnya Muhammad Alif Mohd Satar berkata, pujian yang diterima oleh pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah yang memujinya sebagai contoh lelaki terpuji diterima positif. “Saya tak suka komen sebab saya tahu pun apa nasib saya pada masa depan, pengakhiran saya tak tahu bagaimana. Datuk Dr Fadzilah komen itu alhamdulillah segala pujian bagi Allah, saya tak rasa patut berbangga dengan pujian ini.
Sebenarnya, saya segan, tak ‘best’ sebenarnya hal pujian datang daripada berita negatif orang lain. Jika ‘fun’ dan kelakar di media sosial tapi orang lain punya kehidupan terjejas, banyak hati yang terguris. Warganet pun komen pedas-pedas dan kelakar. Saya tak berapa berkenan jika pujian itu lahir daripada berita tak berapa enak orang lain,” katanya. Mengulas lanjut, ayah kepada tiga orang cahaya mata ini mengambil isu tersebut sebagai peringatan buat dirinya. “Saya pun tak tahu apa jadi esok lusa kepada saya. Jadi, saya tak berani hendak kata apa-apa. Bila perkara ini jadi, ia sebagai muhasabah kepada diri sendiri.
Saya pun terkejut apabila dapat mesej atau komen yang bertanya bila saya bernikah lain. Mana ada orang sempurna. Ini pun nasib baik Allah tutup aib saya. Buka aib saya macam mana?,” jelasnya. Sebelum ini, Fadzilah Kamsah menerusi ciapannya di platform X memuji tindakan Alif yang disifatkan sebagai seimbang dunia dan akhirat. “Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar je yang Tok Abah berkenan. Suara sedap, suka kongsi hal kecergasan dan ada asas agama yang mantap. Memang nampak gaya hidup seimbang dunia akhirat . Alhamdulillah,” Ciapnya.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.