ADIK kepada Shila Amzah meminta agar penyanyi berkenaan tidak menyebarkan fitnah dia pernah menampar kakaknya itu. Syafiq atau Amir Syafiq Amir Hamzah, 30, berkata, dia tidak pernah berbuat demikian sebaliknya terus mendesak agar Shila bertemu ibu mereka dan memohon maaf. “Tolonglah Shila, kau pergi cari mak minta maaf dekat mak. Shila jangan fitnah, aku tak pernah tampar muka kau eh,” katanya. Syafiq berkongsi perkara itu semasa siaran langsung di TikTok miliknya pada malam Khamis.
Kata Syafiq dia marah terhadap kakaknya disebabkan kelakuan biadap pada ibu mereka sebaliknya tidak kisah dengan rumah yang mereka diami sebelum ini. “Aku menegur kakak aku mki hamun mak aku, salah ke? Salah aku bukan ke atas mak aku, jadi aku tegur kesalahan kakak aku atas mak aku. “Dia maki hamun mak aku depan kawan-kawan dia, tolak mak aku… Jadi aku marah bab itu. “Bukan marah sebab nak jual rumah itu. Rumah itu sikit pun aku tak hairan,” katanya lagi.
Syafiq turut memaklumkan sudah berpindah keluar daripada rumah milik Shila yang terletak di Hulu Langat baru-baru ini. Dalam pada itu, Syafiq juga tampil menjelaskan salah faham terhadap kenyataan Ubai melibatkan dia sebelum ini. Menurut Syafiq dia pelik apabila Ubai membiarkan Shila bersikap biadab terhadap emak mereka sedangkan pempengaruh faham perasaan kehilangan seorang ibu. “Kenyataan kau salah juga bab mak kau mennggal, ya memang aku cakap mak kau mennggal tapi tak nampak ayat yang penuh.
“Aku cakap ya mak kau dah tiada, aku minta maaf, bersimpati pada kau, takziah pada kau. Cuma aku pelik macam mana kau boleh biarkan Shila maki mak dia depan kau. Yelah mak kau dah tiada… Kau lebih mengetahui menghargai seorang ibu. Itu maksud dia,” jelasnya. Kemelut keluarga Shila dan Syahir menjadi perhatian selepas adik mereka, Syada Amzah mendakwa bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik kakaknya itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.
Shila bagaimanapun menyangkal dakwaan dia mahu menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka. Isu tersebut berlarutan apabila Syafiq pula mendakwa Shila tidak membuat sebarang perbincangan tentang keinginan menjual rumah tersebut. Syafiq juga memberitahu banglo tersebut merupakan rumah pusaka yang menggunakan nama Shila sebagai pemilik selain memintanya menukar hak milik kediaman itu kepada nama ibu mereka.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.