Penampilan selebriti cantik, Kilafairy sejak kebelakangan ini telah menjadi perbualan warganet memandangkan tudung yang dipakai semakin singkat, berbeza dengan gaya yang dikenakan sewaktu awal-awal berhijab dahulu. Terbaru, posting video yang dimuat naik oleh pemilik nama sebenar Syakila Nisa binti Jahangir Khan, 31 di Instagram sewaktu mempromosikan produk kesihatan telah menuai pelbagai komen negatif warganet yang mengkritik penampilannya. Dia yang mengenakan dress agak ketat hingga memperlihatkan bentuk tubuhnya terlihat menjolok mata, ditambah apabila hijab yang digunakan begitu singkat. Klik sini untuk lihat video.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menasihati agar anak kepada penyanyi terkenal era 80an, Allahyarham Rohana Jalil itu untuk melabuhkan tudungnya supaya dapat menutup bahagian dada yang agar terdedah. Walau bagaimanapun, ada juga yang tinggalkan komen sinis memintanya untuk menanggalkan tudung kerana merasakan penampilannya kian menjolok mata dan tidak sesuai dengan imej wanita muslimah.
Untuk rekod, Kilafairy telah mengambil keputusan untuk tampil berhijab sekitar pertengahan tahun 2020. Pelakon drama Tumpang Lalu Bang ini mengakui bahawa tidak ada sebarang paksaan sewaktu memutuskan untuk menutup aurat selari dengan ‘hijrahnya’ yang mahu menjadi insan lebih baik. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.