Kegigihan seorang budak lelaki cari rezeki sambil ditemani adik perempuannya telah menjadi perhatian ramai dalam kalangan warganet. Menerusi video tular dimuat naik pengguna aplikasi TikTok @yusry__, kanak-kanak lelaki berkenaan dilihat sedang menjual pelbagai jenis makanan seperti sate, otak-otak serta minuman. Dia kemudiannya berjalan di sepanjang kawasan Taman Robina, Butterworth, Pulau Pinang bagi mencari pelangggan untuk membeli makanan yang dijualnya. Klik sini untuk lihat video.
Namun, tiada seorang pun yang membeli makanan yang dijual sehinggalah tiba ke seorang pelanggan wanita yang duduk berehat di sebuah pondok rehat. Ketika disoal, kanak-kanak lelaki itu mendedahkan perniagaan yang diusahakannya itu adalah hasil sendiri bagi mencari rezeki buat keluarga kecilnya bersama ibu. Apa yang lebih meruntun jiwa ramai, kanak-kanak lelaki berkenaan berkongsi, bapanya telah pun pergi menghadap illahi dan kini hdiup bersama ibu yang sedang sakit.
“Balik sekolah, terus mai (datang) sini (meniaga) cari duit makan. Ibu sakit dan ayah dah tak ada, dah pergi menghadap illahi,”ujar kanak-kanak lelaki berkenaan. Tidak lama kemudian, wanita berkenaan meminta dua beradik tersebut untuk pulang ke rumah kerana cuaca buruk, lebih-lebih lagi mereka berdua masih lagi kanak-kanak dan situasi amat berbahaya. Dia kemudiannya menghulurkan sedikit bantuan, namun ditolak secara baik oleh kanak-kanak lelaki berkenaan kerana mahu terus berniaga pada hari tersebut.
“Tak apa mak cik, saya tak mau balik. Tak mau, saya nak berniaga. Saya tak mau ambil (duit yang dihulurkan), tak mau,” ujarnya lagi ketika diminta pulang ke rumah. Rata-rata warganet turut sebak melihat kesabaran dan kecekalan dua beradik itu mencari rezeki walaupun masih lagi kecil demi kelangsungan kehidupan harian. Mereka juga mendoakan agar kedua beradik itu dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang membanggakan ibu kelak.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir 2 juta tontonan dan mendoaa. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.