Penyanyi dan pelakon, Alif Satar tampil memberikan sedikit komen mengenai isu yang melanda rakan selebritinya, Kaka Azraf yang dikhabarkan bakal ditamatkan kontrak hanya kerana menunjukkan ketegasan dalam menyokong saudara Islam di Palestin. Ketika ditemui, atau nama sebenarnya Muhammad Alif Muhammad Satar berkata Kaka tidak perlu risau sekiranya kontrak bakal ditamatkan oleh syarikat rakamannya, Warner Music Malaysia.
Menurut Alif yang turut berada di bawah naungan syarikat yang sama, apa yang ditunjukkan oleh Kaka itu berkaitan dengan akidah dan iman jadi sudah pasti akan ada yang lebih baik menanti sekiranya berlaku perkara yang di luar jangkaan. “Saya tak nak berikan komen sangat mengenai ini tetapi saya rasa kalau dia (Kaka) ditamatkan kontrak sekalipun (hanya kerana menunjukkan solidariti), dia tidak perlu risau kerana ini adalah berkaitan dengan soal iman dan akidah.
Tiada apa yang lebih besar dan penting berbanding akidah dan iman kita sebagai seorang muslim. Ingatlah apa yang terjadi itu adalah yang terbaik dan pastinya akan ada yang lebih baik menanti.” Alif berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada tayangan perdana filem Anak Perjanjian Syaitan 2 yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Selasa. Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Jangan Nakal’ tersebut berpendapat, setiap individu dan selebriti mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk menyatakan solidariti buat masyarakat Islam yang sedang berperang di Gaza.
“Apa yang saya boleh cakap ialah pendirian saya sendiri yang jelas memberikan sepenuh sokongan kepada orang-orang di Palestin. Di mana saya yakin, bukan saya seorang sahaja yang menyokong penuh mereka di sana tapi rakan artis bahkan satu Malaysia juga begitu. Tak kisah kita di bawah naungan label mana-mana mereka tahu pendirian saya yang begitu tegas mengenai isu ini. Saya pun ada kongsikan juga di media sosial saya untuk perbaiki diri kita dan dalam masa yang sama dapat membantu rakyat di sana.
Pada saya setiap orang mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk menunjukkan solidariti itu. Lain orang, lainlah cara mereka dan saya doakan yang terbaik untuk kita semua.” Tambah penyanyi berusia 33 tahun itu lagi, pendiriannya itu sama sekali tidak akan berubah waima dia perlu berdepan risiko kehilangan beberapa tawaran pekerjaan. “Saya pun manusia biasa, sudah tentu ada keraguan dan kerisauan kalau-kalau akan hilang banyak tawaran dan sebagainya tapi saya akan tetap dengan pendirian untuk menyokong Palestin. Kalau hilang tawaran ke apa nak buat macam mana kan? Takkanlah kita nak tiba-tiba nak sokong Israel.
Mereka tidak boleh halang atau ubah pendirian saya mengenai isu ini.” Terdahulu, kecoh mengenai khabar angin yang mengatakan Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff yang bakal ditamatkan kontraknya bersama syarikat rakaman, Warner Music Malaysia. Ia susulan tularnya insiden di mana Kaka telah tinggalkan sebuah komen yang mempertikai tindakan Israel terhadap rakyat Palestin kepada pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic. Tindakan Kaka itu dilihat membawa padah apabila dia secara tiba-tiba menjadi bualan di laman Instagram penyokong tegar Israel iaitu Jew Hate Database.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.