Semalam, kes saman fitnah terhadap lima rakan Siti Nordiana telah pun selesai apabila mereka sama-sama bersetuju untuk menyelesaikan kes itu secara baik di luar mahkamah. Ianya dilakukan atas dasar hubungan persahabatan antara mereka dan berharap perkara itu tidak akan berulang lagi. Namun begitu, Lan Solo telah memuat naik video dia bergelak ketawa bersama Syura dan isterinya. Ia membuatkan warganet marah dengan lagak mereka yang dianggap toksik. Klik sini untuk lihat video.
Dalam video itu, Lan Solo membuat lawak kerana dia mahu menyambut ulang tahun perkahwinan bersama isteri tetapi ada Syura pula di situ. Syura walau bagaimanapun menjawab kepada Lan Solo, “Eh betul ke anniversary? Selalunya lelaki tak tahu.” Isteri kepada Lan Solo yang ada pada ketika itu hanya bergelak ketawa sambil berkata dia akan selalu ‘menghantui’ hidup suaminya. Perbualan mereka disambut dengan tawa beramai-ramai sehingga warganet menganggap tidak kena masa.
Di ruangan komen pada hantaran itu, rata-rata warganet menyampah dengan reaksi mereka bertiga dalam video tersebut. Warganet menganggap mereka bertiga tidak profesional selepas tidak perlu membayar saman RM2.5 juta. Untuk rekod, pada 20 Julai 2021 kira-kira jam 11.58 malam, siaran langsung Instagram yang dihoskan oleh Nur Sheila dan disertai oleh empat rakannya telah tular di media sosial apabila mereka mengeluarkan kata-kata fitnah kepada Siti Nordiana.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.