Pengarah dan pelakon veteran, Namron mengaku isu rupa paras pelakon sering dibangkitkan dalam industri hiburan. Dedahnya, isu tersebut telah lama timbul sejak tahun 80-an dan 90-an lagi serta ia seakan-akan tiada kesudahan. Menurut Namron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza. “Bagi saya isu ini tak pernah habis dimainkan. Sekejap ia tenggelam lepas itu timbul balik. Seingat saya dari tahun 80 dan 90-an ia sudah dimainkan isu ini. Ada masa ditukar sikit plotnya menjadi wajah komersial dengan tak komersial seperti isu tiada perwatakan menarik,” katanya.
Jemu dengan isu tersebut, Namron menasihati pelakon untuk terus berkarya serta abaikan kritikan warganet. “Semuanya sama saja, ulang alik benda yang sama. Pada pandangan saya, pelakon-pelakon kita teruskan saja bekerja dan pedulikan apa orang nak cakap,” ujarnya. Dalam pada itu, berbeza dengan zaman dahulu, Namron berkata, pelakon pada hari ini turut berdepan dengan kritikan warganet yang sering mencetuskan kontroversi. Apa lagi di zaman media sosial ni, artis dan pelakon bukan hanya berdepan dengan wartawan hiburan tetapi juga netizen yang selalu mencari isu. Nanti bila ada isu lain, isu ni akan dilupakan,” katanya.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.