PELAKON Ruhainies seakan-akan memberi bayangan dirinya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Menerusi perkongsian video di Instagram, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, terlihat terkejut dan teruja apabila melihat busana berwarna putih yang ditempah buat pertama kali. Dalam video tersebut, Ruhainies juga dilihat tersenyum gembira saat mengenakan busana pengantin itu.
Malah baju tersebut direka oleh Fizi Woo yang sememangnya sinonim dengan pakaian pengantin. “Ruhainies Say I Do, kami sangat teruja dengan awak!” katanya. Ruhainies juga turut membalas komen berkenaan dengan emoji dan tanda hati. Usaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut tidak berjaya apabila Ruhainies memaklumkan sedang memandu. “Saya hubungi semula nanti boleh? Saya tengah memandu sekarang ini,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut teruja jika benar Ruhainies bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Namun ada juga berpendapat perkongsiaan video tersebut untuk tujuan promosi produk terbaharu aktres berkenaan. “Eh macam dah dekat saja? Ruhainies dah nak nikah ke? “Risau macam prank lagi, ini mesti model Fizi Woo untuk koleksi perkahwinan kan,” antara komen warganet.
Sebelum ini, Ruhainies juga pernah memuat naik video gimik seolah-olah dia bakal mendirikan rumah tangga, namun ia hanyalah marketing untuk mempromosikan produk. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.