Isu syarikat katering yang tidak munculkan diri sehingga sebuah majlis resepsi perkahwinan diadakan ala kadar atas bantuan ahli keluarga menjadi bualan warganet sepanjang hujung minggu lalu. Selain kasihan melihat pengantin yang kerugian RM13,000, warganet juga berasa sebak apabila menyaksikan kaum keluarga membanting tulang menguruskan dewan demi menyempurnakan majlis buat si raja sehari. Menerusi beberapa perkongsian video oleh abang pengantin, dilihat suasana dewan yang kosong diserikan dengan ahli keluarga yang masing-masing melakukan tugas masing-masing. Klik sini untuk lihat video.
Ternyata, juadah yang disediakan juga kelihatan menarik khusus untuk jemputan yang hadir ke majlis berkenaan. Sementara itu, satu perkongsian oleh seorang lagi abang pengantin memperlihatkan lelaki itu menahan sebak selepas pengusaha ais tinggalkan bekalan ais ekstra selepas mendapat tahu mereka ditipu oleh syarikat katering. “Ini memang sebak gla. Tadi masa ais sampai, kita cakap yang kita kena tipu. Orang ais tu terkejut gila. Kemudian, dia beri ais lebih. Bayangkan semalam kosong. Ini kita masak sendiri. Itu abang saya, dia handle PA system… dia pinjam. Allahuakhbar. Tiada siapa, semua family sendiri. Korang doakan adik aku dimudahkan urusan dia,” katanya lagi.
Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook mengesahkan menerima laporan polis terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.