PENYANYI Usop mendedahkan pernah terkena sihir pemisah sehingga memberi kesan terhadap hubungannya bersama isteri iaitu Nur Fatihah Md Hashim. Kata Usop atau Muhammad Saiful Naim Mohd Noor, 25, perbuatan syirik itu dipercayai dilakukan oleh orang terdekat yang kurang senang melihat kebahagiaan mereka berdua. “Saya dapat melihat sendiri perubahan pada isteri. Jika kami bersama, asyik ‘panas’ dan dia selalu nak marah. Bergdh biasa berlaku dalam rumah tangga, tetapi dalam kes kami ini ia berpanjangan.
“Saya mendapatkan nasihat ustaz dan dikatakan kami terkena sihir pemisah. Ada orang terdekat yang kurang senang melihat kejayaan dan kebahagiaan kami berdua,” katanya ketika dihubungi pada Khamis. Tambah Usop, kejadian yang berlaku sekitar tahun 2022 itu turut memberi kesan kepada perniagaan kedai makanan miliknya yang terletak di Sungai Dua, Pulau Pinang. Malah disebabkan perbuatan itu juga dia terpaksa menanggung kerugian besar sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan operasi premis berkenaan.
“Lepas isteri saya bersalin anak pertama pada November tahun lalu, kejadian ini bertambah teruk. Ada pelanggan yang kata kedai kami tutup sedangkan ia beroperasi seperti biasa. Nilai jualan yang awalnya boleh mencapai RM10,000 hingga RM20,000 sehari terus jatuh. Ada ketika hanya dapat RM200 sahaja. Saya terpaksa guna duit sendiri untuk bayar gaji pekerja. Atas nasihat seorang guru, kedai tersebut terpaksa ditutup awal 2023 selepas lebih kurang enam bulan beroperasi. Saya reda dan percaya ada rezeki kami di tempat lain,” ujarnya.
Disebalik dugaan yang dilalui, Usop dan isteri bagaimanapun kuat mempertahankan hubungan mereka dan sentiasa mencari jalan terbaik menyelesaikan setiap masalah antara mereka. Penyanyi ini turut berkongsi berita gembira isteri kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungan sudah memasuki tiga bulan. “Allah dah janji sentiasa ada rezeki untuk umatnya. Syukur isteri kini sedang hamil. Sepanjang awal kehamilan ini ada juga dia alami alahan teruk. Saya terpaksa bangun pagi buatkan ais krim goreng kerana dia mengidam,” jelasnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.