Pelakon Aiman Hakim Ridza tampil segak apabila menjadi wajah hadapan sebuah majalah ketika namanya menjadi perbualan di media sosial sejak kebelakangan ini. Perkongsian tersebut dihujani komen pujian termasuklah perlian terhadap seorang selebriti yang baru-baru ini didakwa mengeluarkan kenyataan ‘memetik’ namanya serta isteri, Zahirah MacWilson. Aiman yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi tampil segak dengan mengenakan busana dari jenama antarabangsa dan pastinya menjadi perhatian lebih-lebih lagi kapsyen yang menyatakan dirinya adalah “suami kepada pelakon jelita Zahirah MacWilson” dan disokong ramai.
Sebahagian netizen juga berseloroh mengatakan tidak pelik mengapa ada pihak yang ‘menggelupur’ sehingga pelbagai tohmahan dilakukan di media sosial. Mereka juga mengatakan yang pasangan tersebut nampak serasi apabila kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Terdahulu, nama Aiman Hakim Ridza dan isteri menjadi topik perbualan di media sosial apabila seorang selebriti wanita mengatakan wajah Zahirah MacWilson seperti ‘bibik’ dan tidak setanding dengan dirinya. Namun, pelakon cantik tersebut langsung tidak mengambil pusing isu kontroversi berkenaan walaupun diserang bertubi-tubi tanpa sebab di media sosial.
Zahirah kini hamil anak kedua dilihat bahagia bersama suami dan anak sulung mereka, Isaac Raees yang baru sahaja menyambut ulang tahun ketiga awal bulan ini. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.