Semalam, penyampai radio Sharifah Shahirah, mengucapkan terima kasih buat semua yang sudi menghulurkan bantuan terhadap pelakon veteran, Aman Graseka. Ujar Shiera, dia berharap, pelakon ‘7 Hari Mencintaiku‘ itu tidak perlu menghantar mesej dan meminta bantuan seperti ini lagi pada masa depan. Terbaru, pelakon Ellie Suriaty mendakwa isteri Aman menjadi punca pelakon itu hilang mata pencarian. Di samping itu, Ellie turut mendakwa isteri pelakon tersebut menyamar menjadi suaminya sendiri selama ini. Tambah Ellie, dia pernah menghubungi Aman namun, isterinya didakwa memberi pelbagai alasan.
Berbicara lebih lanjut, Ellie berkata dia bersimpati dengan Aman. Ujar Ellie, Aman mendapat tawaran berlakon yang banyak sebelum ini disebabkan dia seorang pelakon yang bagus. Jelas Ellie, bekerja dengan Aman sangat mudah dan dia seorang yang profesional. Sebagai rakan dalam industri, Ellie berharap Allah permudahkan segala urusan Aman dan keluarga. “Dia kena lead family, bukan isteri dia yang aturkan entah apa-apa sampai jadi macam ni.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.