Pelakon, Azhar Sulaiman tampil mendedahkan bapa kepada aktres jelita, Zahirah Macwilson yang juga seorang aktor iaitu Zainol Macwilson pernah membantunya ketika awal penglibatan dalam industri seni. Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Azhar menyatakan penghargaan terhadap Zainol yang menolongnya untuk mendapatkan tawaran berlakon menerusi filem Riang Tirana. Menurut aktor berusia 52 tahun ini, dia banyak terhutang budi dengan aktor kacukan Melayu-Inggeris itu kerana melalui bantuannya Azhar mula mengorak langkah sebagai pelakon.
“Bapa kamulah yang banyak menolong saya untuk mendapatkan tawaran berlakon bagi filem pertama saya, Riang Tirana di bawah Feugo Films dahulu, Zahirah. Saya banyak terhutang dengannya kerana dia membuka ‘pintu’ untuk saya. Bapanya sangat suka kepada saya sebab saya seorang yang pendiam. Itulah rezeki bila orang dah suka kita.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan Azhar dan menyangkal kenyataan aktres, Fathia Latiff sebelum ini yang mendakwa Zainol merupakan seorang artis sendu.
Dalam masa yang sama, mereka turut memuji bakat lakonan dan juga kecantikan yang dimiliki Zahirah. “Ada orang kata bapa dia pelakon tak popular, kau tak pernah tengok lokal English slots dulu ke? Semua bapa dia. Zaman dulu bapak dia pun ‘famous’ lah.. pandai je orang tu cakap sendu. Lakonan dia ‘superb, sangat berbakat dan ‘natural beauty’. Dia cantik dan sama je mukanya dari mula berlakon. Tak nampak pun cucuk, suka dia.”
Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang Fathia yang bertindak menyindir pasangan selebriti, Zahirah dan Aiman Hakim Ridza menerusi sesi siaran langsung di TikTok. Fathia dengan berani mengecam rupa paras Zahirah yang dikatakan seperti pembantu rumah selain mendakwa pernah mendapatkan rawatan kecantikan di Australia. Dalam hantaran terbaru di IG, Fathia berkata dia sama sekali tidak gentar jika mereka mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah dia berpegang kepada hak kebebasan bersuara seperti mana yang tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.