PASANGAN pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin tiada perancangan untuk menambah cahaya mata kedua dalam masa terdekat. Kata Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 40, dia dan suami bersepakat mengenai perkara itu disebabkan komitmen terhadap kerja dan enggan mengganggu sebarang tawaran kontrak. “Buat masa ini memang tiada berita mengenai kehamilan yang ingin dikongsi. Saya dan Fattah mengambil langkah merancang keluarga kerana kesibukkan kami.
“Kalau boleh tak naklah hamil dalam keadaan masih bekerja. Lagipun kami perlu patuh dengan kontrak yabg sudah ditandatangani. Saya tidak mahu disebabkan hamil, komitmen terhadap kerja terjejas,” katanya. Pasangan ini ditemui ketika majlis tayangan perdana filem lakonan mereka berjudul Pendekar Awang Darah: Indera Gajah yang berlangsung di Putrajaya pada Selasa. Untuk rekod Fazura dan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.
Dalam filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd itu Fazura memegang watak sebagai Sayang yang juga isteri kepada Awang lakonan Fattah. Berlakon sebagai seorang srikandi yang mahir berkuda dan memanah, Fazura amat berhati-hati menjayakan setiap babak kerana bimbang boleh menjejaskan kesihatan wanita. “Memang setiap hari saya berdoa semoga tak jatuh bila menunggang kuda sebab tidak mahu organ peranakan terjejas. Takut tak dapat nak menimang cahaya mata lagi. Syukur tiada sebarang masalah di lokasi. Selain pernah belajar menunggang kuda masa kecil, saya juga ada keserasian dengan kuda yang ditunggang itu,” ujarnya.
Dalam masa sama, aktres ini juga meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang menjayakan watak sebegitu. Malah, dia tidak menolak sekiranya watak berkenaan dikembangkan lagi jika ada sambungan dalam filem akan datang. “Saya suka dengan watak dalam filem ini. Saya juga seorang yang memperjuangkan kisah wanita. Pastinya seronok membawakan watak sebegini,” jelasnya. Selain Fattah dan Fazura, filem ini turut menampilkan pelakon lain seperti Nadhir Nasar, Wan Hanafi Su, Amir Ahnaf, Nam Ron, Heliza Helmi dan Amerul Affendi. Filem Pendekar Awang: Drh Indera Gajah bakal ditayangkan bermula 11 Januari.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.