Seekor Harimau Putih Bengal yang ditempatkan di Zoo Melaka didakwa kurus dan kelaparan mendapat perhatian umum apabila video mengenainya tular sejak Sabtu. Video berdurasi 0.22 saat itu dikongsikan pemilik akaun TikTok yang dikenali sebagai Nurul Z mendakwa haiwan itu kelihatan gelisah dan memerhati di pintu kecil di bahagian kecil. Pemilik akaun itu turut meminta haiwan itu dipulangkan ke habitat asal. Sementara itu, menerusi ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan haiwan itu selain meminta pihak zoo termasuk Zoo Negara mengambil tindakan sewajarnya. Klik sini untuk lihat video.
Salah seorang daripadanya memaklumkan membelanjakan kira-kira RM400 untuk membawa keluarganya ke zoo berkenaan. “Makin teruk dah dia, saya habis RM400 lebih bawa ‘family’ masuk tapi malangnya sangat menyedihkan hati anak-anak bila tengok keadaan binatang-binatang kat situ kesepian,” tulisnya. Seorang lagi senada dengan pendapat berkenaan yang turut membuat tanda @znmzoonegara. “@znmzoonegara tolong selamatkan harimau-harimau di sini,” tulisnya.
Dalam pada itu, seorang pengguna lain melahirkan keyakinan pihak Zoo Negara akan mengambil semula haiwan itu selepas ramai yang menyuarakan perkara sama. “Speak out kan mcm kita semua suarakan pasal Panda di dunia ni, Insya-ALLAH esok lusa akan ada pihak Zoo Negara KL datang ambil harimau ni,” tulisnya. Difahamkan haiwan karnivor bernama Elsa itu dipindahkan ke Zoo Melaka menerusi kerjasama strategik dengan Sunway Lagoon Wildfire Park beberapa tahun lalu.
Difahamkan, Sinar Harian telah mendapatkan maklum balas daripada pihak Zoo Melaka yang akan memberikan penjelasan lanjut berhubung tahap kesihatan harimau berkenaan. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.