Pelakon, Intan Ladyana mengakui kehamilan anak keduanya adalah lebih penat jika hendak dibandingkan dengan kehamilan sebelum ini. Ketika ditemui, Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya berkata, di samping perlu menjaga kandungannya dia juga perlu memberikan perhatian buat anak pertamanya iaitu Evie Khadeeja yang hampir memasuki usia dua tahun. Tambah pelakon berusia 41 tahun itu lagi, dia juga mengalami alahan yang lebih teruk jika hendak dibandingkan sewaktu kehamilan anak pertamanya itu.
“Alahan lebih sikit berbanding sewaktu saya hamil mula-mula dahulu dan kehamilan anak kedua ini agak memenatkan sedikit. Sebabnya saya kena berikan perhatian juga pada anak pertama sebab dia sejenis yang tidak boleh berenggang langsung dengan saya. Jadi, dia jadi macam bertambah penat sebab kalau sebelum ini boleh terus tidur kalau penat tapi sekarang tak boleh, anak pertama tidur baru saya boleh rehat.”
Intan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada tayangan perdana filem ‘Banglo Seksyen 12’ yang diadakan di GSC Lalaport, Bukit Bintang City Centre pada malam Selasa. Ketika ditanya mengenai jantina kandungannya, Intan enggan memaklumkan kepada media namun akan mendedahkan jantina kandungannya itu menerusi media sosialnya. “Kandungan saya ketika ini sudah pun memasuki usia enam bulan, saya dan suami sudah pun tahu jantinanya namun tapi kami nak rahsiakan dulu. Nanti kami buat ‘gender reveal’ ya, kita buat yang meletupkan belon itu. Nantikan di Instagram (IG) saya.”
Untuk rekod, Intan dan suaminya Harris Alif selamat mendirikan rumah tangga mereka pada 5 Februari 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Evie Khadeeja, 2. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.