Usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming umum produk kedua keluaran syarikatnya yang bakal dilancarkan Jumaat ini. Menerusi satu perkongsian di platform X, usahawan berusia 31 tahun itu memuat naik video teaser produk tersebut iaitu Dendeng Nyet Berapi. “Untuk tahun 2023, jualan Sambal Nyet mencecah Rm20 juta, peningkatan lebih 40% dari tahun 2022. Hari ini juga kita ingin mengumumkan produk kedua di bawah jenama khairulamingbrand,” katanya pada ruangan kapsyen.” Ketika Khairul Aming umum produk kedua, dia berkata sebanyak 80,000 unit Dendeng Nyet Berapi akan dijual pada 2 Februari ini selepas mengambil masa setahun bagi melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Klik sini untuk lihat video.
“80,000 unit akan dijual untuk launching pada hari Jumaat (2 Feb) ini. Kita telah ambil masa setahun untuk R&D produk kedua ini dan telah memakan modal lebih dari RM2 juta untuk persiapan mesin dan renovation kilang. Kami harap kamu akan menyukainya, kalau ada kekurangan boleh kongsikan kepada kami untuk penambahbaikan. Jumpa anda di hari pelancaran nanti,” ujarnya. Sementara itu dalam video dikongsi, dia menjelaskan produk baharu itu menggunakan lebih banyak bahan berbanding Sambal Nyet Berapi.
“Untuk produk kedua ni, kita gunakan bahan segar sama dengan standard digunakan untuk Sambal Nyet, cumanya bahan untuk buat produk kedua ni lagi banyak dan proses masakan lagi lama. Sebab itu, R&D produk kedua ini ambil masa lebih kurang satu tahun sebab kita bukan R&D resepi sahaja, kita R&D mesin, pembungkusan dan cara simpanan untuk pastikan produk itu sedia untuk dilancarkan. Yang paling penting, produk ini sedia untuk dimakan jadi boleh makan bila-bila masa dan kali ini kita pilih pembungkusan dalam pouch bag supaya lagi senang nak bawa pergi mana-mana,” katanya.
Sekadar info, KhairulAming mula menjual Sambal Nyet Berapi tiga tahun lalu dan berjaya meraih keuntungan sebanyak RM7.5 juta pada tahun pertama jualannya dan RM21.5 juta bagi tahun kedua. Khairul mula membuat konten memasak bermula pada 2016 dan dikenali ramai selepas menghasilkan video masakan sempena bulan Ramadan pada 2018.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.