PENYANYIÂ Mamat Exists diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani rawatan psikiatri bermula Selasa. Perintah tersebut dikeluarkan oleh Majistret Johor Bharu, Hidayatul Syuhada Shamsudin selepas pertuduhan dibacakan ke atas penyanyi itu kerana memiliki dan menggunakan dadah. Sementara itu, Mamat atau Mohd Ali Kamarudin, 46, ketika ditemui media di perkarangan mahkamah turut memohon doa peminat agar terus memberi sokongan terhadap kerjaya seninya.
“Alhamdulillah saya sihat. Sekarang saya perlu dihantar ke pusat psikiatri bermula hari ini (Selasa). Semoga peminat dapat beri sokongan lebih baik untuk saya teruskan kerjaya dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita. Mamat dilihat berjalan keluar dari mahkamah dengan berpakaian putih dan tangan bergari. Dalam pada itu, peguam kepada Mamat iaitu Azlina Abdul Aziz turut memaklumkan Mamat berdepan dengan masalah kesihatan mental sejak 10 tahun lalu. Dia yang ditahan di Johor Bharu pada 7 Januari lalu juga disahkan bebas daripada menggunakan bahan terlarang.
Bagaimanapun Mamat ditahan bersama seorang lagi rakan yang dikehendaki berhubung kes melibatkan dirinya pada tahun 2019. “Mamat akan dihantar di Hospital Permai untuk rawatan. Mamat sudah 10 tahun menghidap penyakit mental. Dalam tempoh itu Mamat makan ubat dan dapatkan suntikan ubat. Semasa ditahan dan diperiksa, Mamat bebas bahan terlarang. Namun dia berada dalam senarai kehendaki berikutan kes lama berkaitan bahan terlarang pada tahun 2019,” jelas peguam. Terdahulu Mamat berdepan dua pertuduhan yang masing-masing dibacakan di Mahkamah Majistret dan Sesyen di Johor Bharu.
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa memberi dadah berulang kepada diri sendiri jenis Methamphetamine pada pukul 2 pagi, 9 September 2019. Mamat juga didakwa telah melakukan kesalahan serupa masing-masing pada 2016 dan 2018. Dia bagaiamanpun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan berkenaan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.