Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah menggesa aktor, Aman Graseka tampil menjelaskan isu sumbangan yang sering dimintanya kepada rakan-rakan artis berikutan timbul rasa keraguan dan kebimbangan. Memetik laporan Berita Harian, aktres yang yang mesra dipanggil Shiera itu berharap Aman tidak hanya berdiam diri tentang perkara ini dan menerangkan kepada semua tentang keadaan sebenar. “Di mana Aman Graseka, sila jelaskan?. Kalau tidak pun, sekurang-kurangnya sila cakap terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana membantu.
Baru-baru ini, Aman cakap sudah-sudahlah Kak Shiera bercakap soal ini, jadi mengaku sahajalah dan minta maaf. Sekarang orang kata saya bdoh sebab percaya kepada ‘scammer’. Kalau kena ‘scam’ pun, sila jelaskanlah. Mungkin juga dia dikenakan ejen seperti orang jual tisu.” Dalam masa yang sama, Shiera mendedahkan bahawa ramai rakan seindustri turut berdepan dengan situasi yang sama selama tiga tahun.
“Tapi, saya percaya Aman orang yang baik. Ramai rakan artis menelefon saya mengadu mengenai soal ini. Ada yang berkata situasi ini sudah berlanjutan selama tiga tahun. Jadi, saya suarakan kepada Aman untuk berhenti meminta. Saya kata kalau buat lagi, saya laporkan pada polis, jadi dia kata tak nak buat sebab polis boleh tengok maklumat terperinci Saya cakap jangan buat lagi dan dalam dua tiga hari ini, Aman senyap. Kalau boleh saya pun tidak mahu besarkan soal ini.”
Justeru itu, pelakon filem Buli ini memohon agar pihak Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) membuat siasatan berhubung isu berkenaan dengan mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan terkini aktor tersebut. “Mungkin ada artis yang tertekan, tapi kita tak tahu. Saya mohon SENIMAN siasat. Mengenali Aman, dia tidak pernah begitu, tapi agak pelik selepas berkahwin kali kedua. Mungkin Aman berdepan kesukaran hidup selepas berkeluarga.” Terdahulu, Shiera berkongsi di laman sosialnya tentang kepayahan hidup Aman dengan harapan bantuan dapat dihulurkan berikutan aktor itu dikatakan tidak lagi menerima tawaran lakonan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.