TAMAT kontrak bersama Suria FM bermula Jumaat, penyampai radio Tyzo mengakui sedih terpaksa meninggalkan rakan gandingannya iaitu Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Rara. Kata Tyzo atau Zolqarnain Idris, sepanjang mengendalikan segmen Suria Petang sejak tahun 2016, Rara memberikan kerjasama baik sehingga dirinya diangkat sebagai Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABPBH) tahun lalu. “Kak Rara (Shahirah) adalah gandingan penyampai yang cukup hebat. Saya dapat anugerah ABPBH kerana dia. Alhamdulillah ramai pendengar yang suka dengan gandingan kami, tapi jodoh kami hanya di sini.
“Banyak kenangan yang saya simpan bersama dengan Kak Rara dan mendoakan dia dapat meneruskan tanggungjawab dengan baik,” katanya. Terdahulu, Tyzo mengumumkan pengundurannya bersama stesen itu semasa bersiaran di Suria Petang. Menurut Pengurus Besar Suria FM iaitu DJ Lin atau Roslinda Abd Majid, keputusan itu juga merupakan satu langkah perancangan bagi tahun 2024. Sementara itu, Shahira pula memuji sikap profesional Tyzo sepanjang mereka bekerjasama dalam segmen berkenaan.
“Patah sebelah sayap saya. Sepanjang kerjaya, Tyzo yang paling kelakar dan terbaik. Ini keputusan Suria FM dan kita perlu ikut. “Sejujurnya senang bekerja dengan Tyzo. Dia bijak dan peka dengan sekeliling. Dia juga sangat mengambil berat tentang orang lain,” jelasnya. Terdahulu ketika membuat pengumuman itu Tyzo tidak dapat menahan sebak pada penghujung segmen kendalian mereka berdua itu. Untuk info, Suria Petang dikendalikan oleh Tyzo bersama Rara setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 3 hingga 7 petang.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.