Pelakon, Abby Abadi meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir individu yang suka menyibuk dan masuk campur urusan orang lain. Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan akui tidak faham dengan perangai individu yang seakan kononnya serba tahu apa yang berlaku dalam kehidupannya. Tidak cukup dengan itu, Abby dakwa ada juga antara warganet yang memberi kata-kata buruk sedangkan individu tersebut langsung tidak mengikuti akaun media sosialnya apatah mengenali dirinya secara peribadi.
“Ada manusia yang tak suka tengok orang berbaik, orang bahagia tapi follow IG. da tu tak follow pun kita tapi bila kita post komen macam kenal lama, macam duduk serumah. Macam serba pandai tentang hidup orang. Siapa yang serba tak puas hati tu, pergi berubat okay. Nampak macam sakit tu. Minta Allah SWT bantu, dunia dan di akhir-akhir ni. Jaga diri.” Dalam kesempatan itu, Abby meluahkan rasa syukur atas kata-kata baik, nasihat dan doa yang ditiipkan oleh orang ramai kepada dirinya dan keluarga.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.