ISTERI Aslam iaitu Misya Mazlan terus mengambil langkah berdiam diri selepas heboh gosip suaminya berkahwin dengan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania. Meskipun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini, Misya, 25, tetap membaca setiap komen ditulis warganet menerusi laman sosial. Perkara tersebut dimaklumkan oleh kakak kepada Misya iaitu Nadiah yang juga memberitahu adiknya berasa terharu atas doa dan sokongan banyak pihak.
“Dia membaca setiap komen, kata-kata semangat yang dititipkan. “Kami semua sentiasa ada dengan dia. Allah akan sentiasa bersama dia dan anak-anak,” katanya. Nadiah menulis perkara itu di Instastory pada Khamis berserta rakaman video Misya berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah tahun lalu. Dalam hantaran berkenaan, Nadiah turut memaklumkan adiknya itu kini dalam keadaan baik. “Misya sekarang okay,” jelasnya. Sejak Rabu, nama Misya, Marissa dan Aslam menjadi bualan ramai selepas terbongkarnya kisah perkahwinan kedua lelaki itu di Thailand.
Aslam didakwa bernikah dengan Marissa pada 27 Disember lalu ketika Misya berada di Makkah. Sumber memberitahu, Aslam sudah berjumpa dengan Misya sehari selepas dia bergelar suami kepada Marissa. Malah, hubungan Misya dan Aslam juga dikatakan tidak baik selepas kehadiran Marissa. Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya berpisah. Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.