Seorang pemuda buat kejutan untuk kekasih dengan memberikan 21 hadiah sempena ulang tahun kelahiran ke-21 sehingga mendapat pujian daripada warganet. Menerusi satu perkongsian di TikTok, @eky.__ telah memuat naik beberapa foto memaparkan usaha gigihnya dalam membuat persiapan bagi menjayakan kejutan tersebut. Tanpa pengetahuan teman wanitanya, Eky telah lama membuat persiapan dengan menyediakan 21 hadiah buat gadis yang dikenali sebagai Hani itu. Klik sini untuk lihat video.
Malahan, Eky juga berusaha menghasilkan sendiri hiasan bagi hadiah-hadiah yang disediakan seperti hadiah berbentuk hati yang dibuat daripada kotak makanan ringan. Tidak cukup dengan itu, pemuda berkenaan juga telah menyewa kereta bagi memudahkannya untuk membawa semua hadiah yang telah disediakan untuk teman wanitanya. Malangnya, kereta sewa Eky mengalami kerosakan ketika dalam perjalanan dari Segamat ke Permas Jaya sehingga terpaksa berhenti di tepi jalan.
“Selepas sejam, baru staf pemilik datang untuk tukar dengan Exora. Alhamdulillah, staf dia semua okay siap gosip pasal company lagi,” seloroh Eky. Setibanya di Permas Jaya, Eky menyamar menjadi pemandu Grab sebelum menyampaikan hadiah kejutan kepada teman wanitanya itu. Kata Eky, kejutan itu membuahkan hasil kerana ia berjaya memujuk teman wanita yang pada awalnya merajuk kerana tidak dapat menyambut hari jadi bersama-sama. Bercerita lanjut, Eky dan teman wanitanya meluangkan masa bersama dengan makan bersama dan bersiar-siar menaiki kereta.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Eky bagi menghargai teman wanitanya. Dalam pada itu, ramai juga warganet yang mendoakan pasangan itu agar mereka sentiasa bahagia dan hubungan mereka kekal lama. Tidak kurang juga terdapat komen warganet yang meminta pasangan masing-masing untuk membuat kejutan seperti yang dilakukan oleh Eky.
Bestnya kalau ada pasangan yang tunjuk effort macam ni, memang terasa bahagia je lah!. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.