Penyanyi dan komposer terkenal, Hafiz Hamidun sudah bersedia untuk menamatkan zaman dudanya memandangkan umurnya yang kini sudah mencecah 40 tahun. Ketika ditemui, Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun, 40, memberitahu dia tidak trauma untuk mencari pasangan hidup meskipun sebelum ini dia pernah beberapa kali gagal dalam percintaan. Namun dalam masa yang sama, Hafiz akui dia perlu memikirkan beberapa komitmen termasuk hal perkahwinan.
“Buat masa ini belum ada calon lagi. Jika ada pasti saya tidak berahsia mengenainya.” Bercerita dengan lebih lanjut, Hafiz berkata dia dan wanita tersebut berkenalan dan mengenali hati budi masing-masing ketika dunia dilanda wabak Covid-19. Namun disebabkan itu, mereka tidak berkesempatan untuk berjumpa sehinggalah pada suatu hari, dia dimaklumkan tentang pemergian arwah. “Kali terakhir saya mengenali wanita dari negara seberang juga berakhir dengan kisah duka apabila wanita itu meninggal dunia akibat virus Covid-19.”
Sekadar info, Hafiz akan bergandingan dengan penyanyi dikir barat iaitu Halim Yazid menjayakan Konsert Zikir Dikir yang bakal berlangsung pada 3 Mei di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.