Allah tarik segala kesenangan dalam hidup, Nora imbau kenangan perit lepas pemergian suami

PEMERGIAN┬ásuami tercinta iaitu Johan Nawawi pada tahun 2017 benar-benar memberi kesan cukup mendalam buat penyanyi Datuk Nora Ariffin. Mengimbau kembali momen itu, Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, berkata kehilangan Johan merupakan satu ujian berat dalam hidup yang terpaksa ditanggung. “Bagi saya memang ujian Allah beri tu memang berat. Masa mula-mula saya lalui semua ini pun saya tertanya-tanya kenapa saya diuji seperti ini. Apa dosa aku sampai saya diuji seperti ini.

“Allah seolah-olah menarik orang yang paling saya sayang. Allah menarik segala kesenangan hidup saya,” katanya. Nora berkongsi perkara itu menerusi siri podcast Sembang Kopiah Terbang yang dimuat naik di Instagram pada Jumaat.. Kata Nora, hidupnya sangat selesa sewaktu arwah Johan masih hidup kerana dia dilayan dengan begitu baik. Semasa hayat arwah, tugasnya sebagai isteri hanyalah menguruskan rumah tangga selain membuat persembahan nyanyian.

“Sewaktu arwah masih ada, kami ada syarikat. Saya ada 15 orang pekerja, orang kata bolehlah hidup mewah… senang. Saya tidak perlu buat banyak kerja. Saya CEO di rumah dan tugas menyanyi sahaja kerana hal perniagaan dikendalikan oleh arwah suami dan pekerja. Saya ada pemandu, pembantu peribadi, pembantu rumah. Tapi bila Allah tarik suami, saya ibarat seekor burung yang patah sayapnya. Ketika berada di tengah lautan dan saya tidak pandai berenang. Saya hilang semuanya. Pada waktu itu, dengan siapa saya nak mengadu?” ujarnya.

Terlalu sedih dengan pemergian Johan, Nora mengakui dia tidak mampu menerima ujian itu dan pernah terfikir untuk berada di sisi kubur suaminya. Bagaimanapun dia bersyukur apabila masih ada peluang untuk dirinya kembali bangkit. “Apa yang Allah beri itu pasti ada hikmah walaupun sepahit mana. Pada mulanya saya memang tidak boleh menerima diuji sedemikian, saya rasa seperti mahu mti sahaja. Bagi saya kalau Allah ambil saya selepas ini pun tidak mengapa. Setiap hari saya pergi kbr. Kalau ada tempat kosong disebelah kbr suami saya rasa nak duduk disitu. Begitu ceteknya pemikiran saya sewaktu itu.

Tapi Alhamdulillah Allah beri saya hidayah. Saya cari agama, saya cari ustaz dan ustazah yang boleh membantu saya. Mereka kata apa sahaja yang berlaku itu atas ketentuan Allah dan Allah akan menguji setiap umat yang Dia sayang. Daripada situ saya faham bukan Allah benci saya tapi Allah uji saya kerana nak naikkan darjat saya,” jelasnya. Sementara itu, Nora berkata anak-anak menjadi pembkr semangat untuknya terus bangkit daripada kesedihan, malah dia percaya arwh pastinya tidak mahu melihat dirinya terus berduka.

“Bila kita kehilangan suami, tiga atau empat bulan pertama memang ramai yang akan beri bantuan tetapi selepas lima bulan dan seterusnya itu sudah menjadi hal sendiri dan orang mula menjauhkan diri. Sebenarnya saya percaya kepada hikmah. Sekarang baru saya faham husnuzon (bersangka baik) dengan Allah itu bukan senang. Jadi sewaktu dalam tempoh idah itu saya ada peluang untuk memahami bermunajat kepada Allah. Saya solat, saya menangis. Mata pun dah bengkak tak tahu nak cakap macam mana. Selepas itu saya bangkit kembali,” luahnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.