Pernah bagi peluang tapi individu tu lari, hantaran terbaru dari Nurul Shuhada buat ramai yang tertanya tanya

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik hantaran seakan ditujukan kepada seseorang. Menerusi perkongsiannya di Instastory, Shuhada memberitahu akan berlawan habis-habisan untuk mendapatkan keadilan. Dalam hantaran sama, dia pernah memberi peluang kepada individu itu untuk ‘lari’ namun nasihatnya tidak dipedulikan. “Biar saya tunjukkan apa yang saya mampu buat, Honey Bunny.

Saya beri awak peluang untuk lari tapi awak tak nak dengar. Saya akan lawan hingga ke akhir nafas saya sayang, tunggu dan lihat. Sebab saya tak ada rugi apa-apa pun tapi awak ada ketakutan yang sangat besar,” katanya. Sementara itu, ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini percaya dengan pembalasan Tuhan kepada mereka yang dipercayai menganiaya Shuhada. “Dan perkara itu tiada kaitan dengan saya jadi macam ni tapi Allah dah janji sepedih-pedih pembalasan datang daripadaNya,” tulisnya diakhiri dengan hastag #lyricsoftheday.

Untuk rekod, Shuhada pernah berkahwin dengan Hafidz pada 30 April 2016 namun berpisah pada 27 Julai tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Humairah, 7 dan Umar, 4. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.