Sejak dulu lagi, terdapat kisah tentang pengemis yang berjaya meraih ratusan ringgit hasil meminta sedekah di tepi jalan atau sekitar pasar malam. Terbaru, taktik seorang pengemis di Maran, telah terbongkar apabila sebenarnya dia memiliki sebuah kereta mewah tempatan, Proton X70 Premium. Menerusi hantaran di Facebook, pengemis yang memakai jubah dan kopiah itu sedang berdiri di celahan payung peniaga pasar malam di sekitar Sri Jaya, Maran. Pengemis yang memiliki tangan bersaiz kecil dan tidak normal dikatakan sedang memegang beg kertas untuk meminta ihsan pengunjung yang ada di situ.
Pihak penguatkuasa JKM Maran terus menghampiri pengemis itu dan bertanya mengenai tujuan dia meminta sedekah namun pengemis tersebut hanya membisu. Dia kelihatan seperti seorang yang pekak dan bisu namun tetapi berkali-kali juga pihak JKM mendesaknya. “Beliau kelihatan seperti seorang yang pekak dan bisu. Dilihat di dalam beg kertasnya ada kepingan duit kertas. Sedekah pengunjung pasar malam. Berkali-kali Penguatkuasa JKM meminta kad pengenalan bagi tujuan rekod operasi pada hari ini tetapi tidak mendapat respon daripada lelaki tersebut.”
Rupa-rupanya, lelaki itu adalah manusia normal serta bukanlah pekak dan bisu seperti yang disangka. Dia akhirnya bersuara setelah didesak berkali-kali. “Beliau bukanlah seorang yang pekak dan bisu. Cuma seorang OKU Fizikal (kedua-dua belah tangannya tidak normal).” Pengemis itu berkata kad pengenalannya berada di dalam kereta lalu pihak JKM telah mengekorinya dari belakang. Apa yang mengejutkan, pengemis itu sebenarnya memiliki sebuah kereta Proton X70 Premium dan siasatan terus dijalankan oleh penguatkuasa JKM.
Dia tinggal di Balok, Kuantan dan rutinnya adalah mengemis wang di beberapa pasar malam. Hasil mengemis, pendapatannya mencecah hampir RM500 bagi tempoh 4-5 jam dan semakan mendapati dia juga menerima elaun pekerja OKU daripada JKM sebanyak RM450 sebulan sejak 2001. Walau bagaimanapun, dia dilepaskan oleh pihak penguatkuasa JKM dengan amaran. Di ruangan komen, ramai warganet menyokong usaha JKM membanteras aktiviti pengemisan.
Sumber: Lobak merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.