Pelakon, Zarina Zainuddin nasihat gadis muda tak jadi isteri ke-2 buat lelaki yang sudah berumah tangga kerana ia seperti wanita simpanan sahaja di rumah kerana suami takut isteri pertama mengmk jika diberi perhatian lebih. Menerusi perkongsian di Instagram, Zarina yang juga merupakan isteri kedua kepada ahli perniagaan mengatakan seeloknya janganlah terjebak dalam perkahwinan seperti itu melainkan pasangan adalah orang yang berduit. “Sakit pulak hati tengok semua yang cantik cantik yang muda2 nak sangat kawin dengan laki orang.. pastu kau ala2 perempuan simpanan kat rumah sebab laki kau takut bini sana ngmk.. kalau boleh tak payahlah .. kot kot hidup kau mewah orang gaji dua tiga orang ada bodyguard tu lain cerita.. ni kau pun kecepuh kecepah cari duit ..sayang,” ujarnya. Klik sini untuk lihat video.
Ujarnya lagi, jika sudah terlnjr menjadi isteri kedua, lebih elok berpisah sekarang daripada sudah tua dan mempunyai anak-anak. Jelas Zarina, dia sehingga kini masih lagi berasa seperti melakukan dosa besar kerana menganggu hak madunya apabila berkahwin dengan suami orang. “Baik kau berpisah masa tgh muda ni dari dah tua anak dah bersusun nak pisah pun tkde faedahnya.. Sakit pulak hati saya tengok .. saya ni pun sampai sekarang terasa berdosa besar kacau hak madu saya .. nak buat apa hidup asyik makan hati dia makan hati saya makan hati., laki makin lama makin botak fikir hal bini bini ni …” ujarnya lagi.
Jadi, Zarina Zainuddin nasihat gadis muda gadis muda yang berniat mahu menjadi isteri kedua atau menggangu rumah tangga orang untuk melupakan sahaja hasrat tersebut dan mencari pasangan bujang kerana boleh mengundang masalah di kemudian hari. “Ishh korang fikir sendirilah .. nak jer aku azan kan kat telinga korang jangan kawin laki orangggg… cari bujang belambak kat luar tu,” kata Zarina. Sekadar info, pemilik nama sebenar Nur Zarina Mohd Zainuddin, 52 itu memberitahu dirinya sudah hampir 30 tahun hidup bermadu dan mengakui bukan senang menjadi isteri kedua.
Dia memberitahu yang pergi bertemu isteri pertama suaminya untuk meminta izin bermadu sebelum bernikah dan menjelaskan banyak mengalah dalam pelbagai hal kerana menyedari status diri. Walau bagaimanapun, dia memberitahu hubungan dengan madu dalam keadaan baik sehingga kini. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.