Tak lama dulu, kecoh diperkatakan mengenai pelakon otai, Aman Graseka meminta bantuan daripada penyampai radio dan pelakon, Sharifah Shahira (Shiera) kerana sedang mengalami masalah kewangan. Malah baru saja semalam, tular berita mengatakan anak Aman Graseka pula kini sedang dirawat di hospital kerana mengalami strok haba. Sedar diri menjadi perhatian ramai, Aman Graseka tampil memberi penjelasan mengenai situasi dirinya yang dikatakan sering meminta bantuan daripada rakan artis.
Menurutnya, dia bukanlah seperti individu yang didakwa ramai dan perkara yang disebarkan adalah satu fitnah besar buat dirinya dan isteri, Reena Arina. “Demi Allah saya tak pernah minta duit daripada sesiapa kecuali Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) dan rakan-rakan terdekat yang saya kenal rapat, tapi itupun menggunakan akaun bank lain. Sebelum semua ini viral, ada pihak kata saya sudah dua tahun minta bantuan, tapi saya tak pernah hubungi Sharifah Shahirah (Shiera) dan tiada nombor telefonnya.
Jadi macam mana boleh tuduh saya hubunginya, sedangkan saya tiada nombor dia?” jelas Aman. Dalam pada itu, Aman juga memaklumkan yang pelakon Aedy Ashraf ada menghubunginya dan bertanya jika dia memerlukan bantuan. Namun Aman menolak kerana dia baik-baik sahaja di Kedah. Aedy juga katanya ada memaklumkan bahawa ada orang gunakan nama, nombor telefon dan akaun bank Aman. Namun mujurlah Aedy terus menghubunginya dan bertanya mengapa rakan lain tak hubunginya sendiri.
Aman juga katanya telah ke bank untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara yang berlaku dan menurutnya semua ini berkemungkinan kegiatan ‘scmmr’ namun yang mendapat bahananya adalah dia dan isteri. Lebih menyedihkan sehingga kini orang ramai masih memandang serong terhadapnya. “Kami kena ‘scam’, tapi orang tak percaya, tak mengapalah. Saya juga buat laporan polis. Kalau keluarkan cerita, ia akan berpanjangan dan bila begitu, mangsanya adalah kami. Tidakkah terfikir, kalau dalam masa dua tahun saya minta bantuan mungkin sudah dapat ratusan ribu, jadi buat apa saya minta lagi? Saya bukannya bodoh.
Tapi masalahnya sekarang saya tidak dapat duit satu sen pun dan nama pula jadi buruk. Saya pergi mana-mana, orang pandang saya buruk. Tak mengapa, saya sudah tua, tapi adakah terfikir bila orang cakap kepada anak-anak saya. Saya bersumpah, tak terima duit yang disalurkan dalam akaun kecuali saya minta sendiri daripada rakan-rakan terdekat dan itu pun menerusi akaun lain,” katanya. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.