Ramai yang pertikaikan pasal kotak iphone berbeza, sekali ini penjelasan dari Aisar Khaled

NAMA personaliti media sosial Aisar Khaled kembali menjadi bualan hangat warganet selepas didakwa menipu mengenai pemberian telefon pintar kepada pengikutnya. Sudah letih menjawab tuduhan sama, Aisar atau Aisar Khaled Kamel, 24, menafikan dakwaan tersebut dan mengakui wujud salah faham mengenai pemberian hadiah telefon bimbit itu. “Kalau ikutkan saya malas nak komen tentang isu ini, saya penat. Biasalah mulut manusia kita tidak boleh nak tutup.

Ramai yang komen cakap saya beri iPhone kotaknya berbeza dengan original, ya sebab telefon bimbit itu dibeli secara second hand. Jadi mungkin itu sebab kotaknya tidak sama seperti telefon baharu. Saya ambil keputusan untuk beli telefon second hand kerana harganya jauh lebih murah jadi saya boleh beri kepada lebih ramai orang, tapi kondisi telefon itu semuanya masih dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, Aisar turut menempelak tindakan seorang individu memuat naik video di aplikasi TikTok mendakwa dia seorang penipu atau scammer.

Kata Aisar, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang berterusan melemparkan fitnah terhadapnya. “Kalau ikutkan hati memang saya rasa nak saman sahaja individu terbabit tetapi tidak mengapalah kami sama-sama cari makan (bisnes). Buat masa ini tak mengapalah benda pun dah jadi tapi selepas ini saya akan ambil tindakan jika ada lagi yang memfitnah saya,” ujarnya. Jelas Aisar lagi, dia sudah berulang kali memberitahu kepada pengikut bahawa bukan semua pembeli akan menerima hadiah istimewa itu.

“Saya sudah maklumkan tentang perkara ini, bukan semua pembeli akan dapat hadiah telefon pintar. Ia adalah rezeki tidak semua yang akan dapat. Saya sudah beritahu banyak kali jangan berharap. Saya tidak boleh berikan kepada semua, yang mana ada rezeki saya hantar depan rumah,” katanya. Sebelum ini, seorang individu yang dikenali sebagai Hamzah Rashid memuat naik video di aplikasi TikTok memberitahu pempengaruh media sosial menipu golongan B40 ketika membuat pemberian hadiah di media sosial.

Kata Hamzah, pempengaruh itu hanya sekadar cakap kosong dan tidak pernah memberikan hadiah telefon pintar itu kepada pengikutnya. Biarpun tidak menyatakan nama, rata-rata warganet mengajukan kenyataan yang dibuat oleh Hamzah itu kepada Aisar. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.