Ramai yang mendkwa Mawar Rashid yang kahwin dengan jejaka Brunei, tak sangka rupanya dia dapat bapa tiri

GOSIP mendakwa Mawar Rashid sudah mendirikan rumah tangga dengan jejaka Brunei akhirnya terjawab apabila pelakon ini mendedahkan ibunya yang berkahwin dengan lelaki dari negara berkenaan. Berkongsi berita gembira itu, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 30, berkata ibunya iaitu Marinee Abdullah sudah selamat bernikah dengan sahabat lama di Brunei. Teruja menerima kehadiran bapa tiri, Mawar berkata dia tidak menyangka akhirnya dapat merasai kehadiran seorang bapa selepas ayah kandungnya pergi menghadap illahi semasa dirinya masih kecil.

“Mawar tak pernah sangka yang Mawar akan merasa kehadiran seorang ayah. Siapa sangka dari kenalan lama di Brunei bertemu jodoh hanya dari satu mesej ‘lama tak jumpa’ dari posting Putera Mateen kahwin dan babah dalam video oru. Sukar untuk terima yang mummy akan tinggal di Brunei tapi dia layak dapat kehidupan yang bahagia sepanjang hayatnya, katanya.” Perkara tersebut dikongsi Mawar di Instagram miliknya pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Mawar sempat menitipkan pesanan ringkas terhadap keluarga baharunya di Brunei. “Kepada keluarga baru saya di Brunei, selamat datang ke keluarga kami. Sayang kamu semua,” katanya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah pada Mawar dan keluarganya. “Mawar buat suspen, Ingatkan Mawar yang kahwin. Apapun tahniah ya. “Alhamdulillah gembira untuk Mummy dan Mawar sekeluarga. “Dah agak mak Mawar yang kahwin, semoga kekal hingga ke Jannah,” tulis warganet.

Pada Sabtu lalu, Mawar memilih mengunci mulut susulan timbul spekulasi mengatakan dia sudah menamatkan zaman janda dengan jejaka pilihannya. Mawar sebaliknya memberitahu dia bakal berkongsi sebarang berita gembira sekiranya sudah bersedia. Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.