Kes membabitkan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang berkahwin di Songkhla, Thailand pada Disember lalu terus menjadi topik bualan hangat di media sosial. Terbaharu, warganet mengimbau semula cerita lama ketika Abby melahirkan Marissa di dalam kereta 19 tahun lalu. Difahamkan, ketika kejadian Abby dan Norman sedang menuju ke hospital namun tidak sempat tiba ke lokasi dan terpaksa bersalin di dalam kereta. Kelahiran tersebut disaksikan dan disambut sendiri oleh Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 48.
Susulan itu, netizen mula bercerita kembali mengenai peristiwa tersebut di laman TikTok dan ada di antara mereka yang mengatakan baru mengetahui mengenai perkara itu. Warganet juga mula mengaitkan peristiwa kelahiran Marissa dengan isu dia berkahwin bersama seorang jejaka bernama Aslam Aslam tanpa pengetahuan keluarga. Malah, wargamaya meminta Marissa untuk mengenang kembali pengorbanan ibunya yang pernah bertarung nyawa melahirkannya. Terdahulu, Abby akhirnya mengesahkan bahawa Marissa sudah pun bernikah dengan Ahmad Aslam di Thailand menerusi temu bual bersama Gempak.
Menerusi temu bual sama, Abby turut menceritakan kronologi bagaimana anak perempuannya itu boleh ‘hilang’ dan bernikah senyap-senyap di Thailand. Tidak berakhir di situ, Abby dan Norman kemudian mula berbalah apabila aktor itu didakwa bersikap lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab berhubung isu anak mereka. Norman kemudian bersuara dan menasihati Abby agar tidak terlalu berlebih berkongsi mengenai isu keluarga mereka di media sosial.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.