Pelakon sensasi, Ruhainies suka posting ibu Aliff Aziz yang merujuk kepada perasaan malu dianggap baik sedangkan diri ini adalah pendosa. Hal tersebut sudah tentu menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas kontroversi melibatkan Ruhainies dengan Aliff Aziz apabila dikhabarkan ditangkap khlwat beberapa hari sebelum Ramdan lalu.
Dalam posting yang dibuat oleh ibu kepada aktor asal Singapura, Aliff Aziz iaitu Fiza Aziz, dia telah memuji kebesaran Allah S.W.T di ruangan kapsyen dan menyatakan tidak perlu sebarang kenyataan diruangan tersebut kerana Allah Maha adil. Ia merujuk kepada hantaran yang dibuat dengan mengatakan yang Allah sedang menutupi aib kita sedangkan kita adalah pendosa. “Aku malu saat dianggap baik padahal aku seorang pendosa hebat, hanya saja Allah sedang menutupi aibku,” ujar qoutes yang dikongsikan.
Terdahulu, pemilik nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas telah memuat naik kenyataan rasmi berhubung isu tangkap basah bersama Aliff Aziz di Instagram sebagai langkah menjelaskan kontroversi yang sedang berlaku. Dia juga memaklumkan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan aktor terbabit dan hanya rakan biasa sahaja memandangkan sedang menjayakan drama bersiri bersama. Dalam pada itu, dia turut memohon maaf dan bersedia bersemuka dengan isteri Aliff, Bella Astillah bagi berbincang berhubung isu tersebut agar pasangan berkenaan tidak meneruskan proses penceraian.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.