PELAWAK dan pengacara Shuk Sahar menjadikan Aliff Aziz sebagai contoh dalam melakukan perubahan ke arah lebih baik selepas dia terpalit dengan kontroversi sebelum ini. Shuk atau Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 38, berkata, dia menjadikan Aliff sebagai contoh kerana berasa kagum melihat perubahan penyanyi itu dalam memperbaiki diri. “Sebenarnya kes Aliff ini dengan aku dia lebih kurang ‘timing’. Bila Aliff dapat tunjuk yang sisi dia ‘patah’ balik dan dekat Gegar Vaganza dia jadi imam.
“Jadi masa itu dia salah seorang yang pengaruh aku untuk aku macam ‘aku kena contohi dia’. Walaupun dia macam itu, dia patah balik. Dia betulkan kehidupan dia. Aku pun ada sedikit sebanyak jadikan dia inspirasi,” katanya. Shuk berkongsi perkara itu menerusi temu bula podcast OKLETSGO.SG. yang disiarkan di YouTube. Dalam pada itu, Shuk mengakui terkesan dengan kontroversi tangkap khlwt di antara Aliff dan Ruhainies yang kecoh baru-baru ini.
Ini kerana kata Shuk, dia juga pernah mengalami situasi lebih kurang sama namun kagum dengan cara Aliff berdepan dengan isu tersebut. “Kes Aliff Azizi, apa yang beza kali ini dia tenang. Ruhainies tenang. Esoknya Ruhainies boleh post gambar dia pegang bunga,” katanya. Bagaimanapun, Shuk berkata sedikit sebanyak timbul perasaan bimbang dan takut dalam diri jika dia kembali seperti masa lalu. Kata Shuk, dia bimbang jika perkara sama terjadi pada dirinya ketika dia sudah cuba memperbaiki diri ke arah lebih baik.
“Bila berlaku macam ini, sebenarnya aku lebih takut pada diri sendiri sebab macam dan berpatah balik. Macam mana kalau tiba-tiba pulak jadi macam ini? Serius aku takut,” kongsinya. Shuk sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 namun jodoh mereka tidak panjang apabila pasangan itu bercerai pada 22 Mac 2023. Perpisahan itu susulan pelawak itu didakwa bersikap tak setia terhadap Rossa sehingga wanita itu nekad memfailkan pisah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3 tahun.
Shuk kembali mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Fara Salleh yang pernah dikaitkan dengannya pada awal November tahun lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.