USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu memberitahu dia sudah melantik peguam daripada Tetuan Hawari Hanafi & Co untuk membantunya menyelesaikan isu hutang sebanyak RM7 juta. Kata Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 46, dia meletakkan tempoh masa maksimum selama lima tahun bagi menyelesaikan hutang berkenaan. “Hampir RM7 juta dan lebih 100 orang yang saya berhutang, tapi saya tak mampu nak bayar sepenuhnya secara terus sekarang.
“Tapi ada cara dan prosedurnya untuk mereka tuntut hutang pada saya dengan hubungi peguam kemudian kita ikut cara yang sepatutnya supaya ada ketelusan dalam membayar hutang itu. Saya tak suka salahkan orang, saya salahkan diri sendiri… jadi saya jangkakan hutang saya mungkin akan langsai itu dalam tempoh lima tahun insyaAllah,” katanya. Adnan berkongsi perkara itu ketika dijumpai sewaktu sidang media melantik peguam bagi isu hutangnya di kediaman usahawan Datuk Wira Dr. Azizan Osman, Shah Alam, Selangor.
Dalam pada itu, Adnan berharap individu yang terlibat dapat memberikannya sedikit waktu dan bersabar sebelum wang tersebut dapat dikembalikan semula kepada mereka. “Saya harap mereka ynag terlibat bersabar beri masa dan ruang, boleh hubungi peguam saya untuk dapatkan kembali duit mereka. “Saya dah cuba macam-macam usaha sejak lima tahun lepas, Tapi Allah SWT berikan jalan lebih-lebih lagi selepas temu bual bersama mStar, inilah jalan terakhir saya untuk jelaskan hutang saya.
“Andai kata dah selesai semua hutang, Allah nak cabut nyawa saya pun tiada masalah,” jelasnya. Pada 26 Mac lalu, Adnan ketika bercakap secara eksklusif kepada mStar mendedahkan dia disytihar muflis sejak 2019 dan sudah tidak bekeria seiak lima tahun lepas. Sejak itu, isteri keduanya iaitu penyanyi Adira Suhaimi terpaksa menanggung kehidupan keluarga memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, memfailkan perpisahan terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, isteri pertamanya iaitu Datin Seri Syarifah Nur Shafila Hassim, 38, pula memfailkan untuk berpisah terhadapnya pada Januari lalu. Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata. Hasil perkahwinan Adnan dan Syarifah atau Datin Red pula dikurniakan lima orang cahaya mata.
Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun berpisah selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.