Kakak kepada Misya Mazlan yang dikenali sebagai Eaisyah seolah-olah menyindir madu adiknya iaitu Marissa Dania sebagai seorang yang ‘psiko’ di akaun Instagram miliknya semalam. Menerusi perkongsian sama, dia juga meluahkan rasa terkejut terhadap gambar yang dimuat naik secara tiba-tiba oleh wanita berusia 19 tahun itu bersama adiknya pada Sabtu. Luahan tersebut kemudian dikongsi semula oleh seorang lagi kakak Misya iaitu Nadia Mazlan yang mempersoalkan sama ada foto berkenaan merupakan gambar lama atau baharu.
Kedua-duanya menganggap Marissa yang juga anak kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi seorang yang psiko memandangkan cerita tersebut telah diputar belit. “Nak tanya raya ada minta maaf tak? Gambar bila tu? betul ke tak meroyan? Cerita psiko ni seronok layan. Banyak plot twist,” dakwanya. Nadia turut menjelaskan bahawa meskipun Misya telah menerima takdir dan reda dengan krisis rumah tangga yang dihadapinya sebelum ini, namun dia menganggap itu bukan satu keizinan buat Marissa mengambil kesempatan terhadap adiknya.
Nadia berkata, InstaStory yang telah dimuat naik Marissa itu telah menyebabkan adiknya itu dituduh seolah-olah ingin mencari publisiti dan drama semata-mata. “Tak pasal-pasal orang ingat selama ni dia drama, konten. Jaga-jaga ya kalau nak keluarkan kenyataan apa-apa. Takut makan diri,” jelasnya. Tegas Nadia, Marissa perlu berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan sebelum tindakannya itu akan memakan dirinya sendiri kelak.
Untuk rekod, Aslam dilaporkan telah bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu ketika isteri pertamanya sedang mengerjakan ibadah umrah. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.