Pelakon Oktovia Manrose berharap penyanyi Aliff Aziz mendapat hidayah daripada Allah susulan kontroversi bersama isterinya, Bella Astillah dan aktres Ruhainies. Meskipun pernah berdepan kontroversi yang sama, Oktovia berkata, dia kini dalam fasa berubah dan ke arah yang lebih baik. Oleh sebab itu, dia enggan mengenang kisah hitam masa lalu. “Ini ujian buat dirinya. Dia sering berdepan dengan ujian yang sama. Semoga dia mendapat hidayah. Itu saja saya boleh cakap. Saya pun tidak tahu bagaimana hendak mengulas mengenai perkara. Apatah lagi, saya sendiri pernah terpalit kontroversi dengan Aliff. Jadi, kalau boleh saya tidak mahu lagi memandang perkara dan kisah yang sudah lama berlalu.
Lagipun, saya juga sudah ke arah memperbaiki diri menjadi lebih baik. Malah, saya mendoakan dia berubah menjadi lebih baik.” Pada tahun 2019, nama Aliff dan Oktovia menjadi perbualan hangat warganet di media sosial selepas Bella mendedahkan suaminya crng dengan pelakon tersebut. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.