Pengasas produk kesihatan dan kecantikan, Aurebelle, Fatin Nabilah Solehudin tampil dakwa sikap licik pelakon Ruhainies terutama melibatkan Bella Astillah. Dakwa pengasas produk tersebut, Ruhainies pernah mempersoalkan sebab pihaknya menjemput Bella menyanyi di majlis dan mendakwa suara penyanyi itu tidak sedap. Malah, dia juga terkejut apabila melihat keakraban Ruhainies dengan Bella Astillah seusai selesai majlis pelancaran produk kesihatan dan kecantikan miliknya.
“Macam-macam dia cerita pasal awak dekat kami. Sebab tu kami pun terkejut tengok bukan main rapat lagi you (Bella) dengan dia (Ruhainies) selepas pelancaran produk,”dedahnya. Dalam hantaran Insta Story berikutnya, pengasas produk dedah Ruhainies ‘licik’ dan bersyukur kerana doanya selama ini didengari, lebih-lebih lagi pernah menjadi mngs aniaya aktres itu. Pada Februari lalu, pihak Aurebelle meminta Ruhainies membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi mencecah ratusan ribu ringgit atas dakwaan melnggr kontrak dengan menarik diri daripada menjadi duta produk mereka.
Namun Ruhainies tegas berkata, pihaknya tidak menandatangani sebarang kontrak dan bayaran pun masih ada yang tertunggak lagi. Pengasas produk itu turut meminta agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat golongan artis ‘biasa’ namun mampu hidup di suites mewah di ibu negara. “10 malam terakhir ni Allah dengar doa-doa orang teraniaya. Semoga lepas ni macam-macam bencana demi bencana. Tak sabar nak tunggu JAWI pula,” luahnya.
Dikesempatan itu, dia turut menasihati orang ramai agar supaya berhati-hati dan tidak menjadi mngs aktres tersebut. Dia juga meminta agar aktres kelahiran Pulau Pinang itu berhenti daripada bermain sentimen agama bagi menutupi kesalahan yang telah dilakukan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.