Selepas lama berdiam diri, pelakon sensasi Ruhainies akhirnya bersuara berhubung konflik yang sedang hangat diperkatakan membabitkan dirinya dengan aktres Bella Astillah. Lebih menjadi tumpuan, Ruhainies dengan rendah diri memohon maaf kepada Bella dan Sarah Yasmine. Bahkan, dia bersedia untuk bersua muka bagi menjernihkan segala masalah yang berlaku antara mereka.
Terbaru, Sarah berkongsi dua tangkap layar di Instagram Story miliknya. Tangkap layar tersebut menunjukkan dia menerima kiriman Whatsapp dan DM daripada pihak Ruhainies. Ujar Sarah, dia tidak mahu bercakap dengan aktres tersebut selepas apa yang berlaku. Tambah Sarah, sebelum ini dia sudah memberi peluang kepada Ruhainies untuk bersikap jujur namun, wanita itu didakwa tidak menggunakan peluang tersebut dengan sebaiknya.
Di samping itu, Sarah telah ‘block’ dan menegaskan bahawa dia tidak menerima permohonan maaf secara terbuka yang dibuat Ruhainies, awal pagi Jumaat.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.