MENERIMA kritikan negatif berkenaan lakonannya, pelakon Sophia Albarakbah menganggap ia sebagai satu cabaran untuk dia memperbaiki diri menjadi lebih baik. Kata Sophia, 30, dia juga tidak pernah kecil hati dengan komen yang dilontarkan kerana menganggap ia sebagai asam garam dalam industri seni. “Saya ada terbaca (negatif), tetapi saya hanya ambil yang baik sahaja sebab sebagai pelakon, saya tidak boleh nak kekalkan lakonan seperti itu sahaja, kita mesti perbaiki dan buat yang lebih baik.
Kita sebagai anak seni dalam industri ini tak boleh nak terasa dengan komen orang sebab kadang-kadang mereka cakap macam itu sebab mereka saja nak mengata. Kita tidak boleh terlalu cepat terasa,” katanya. Dalam perkembangan lain, Sophia juga berkongsi persiapan Aidilfitri pada tahun ini dan memaklumkan bakal meraikan raya pertama di Kuala Lumpur.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.