PERSONALITI media sosial Maryam You Narae teruja apabila akhirnya berjaya memiliki senaskah al-Quran terjemahan bahasa Korea selepas sudah lama cuba mencarinya. Maryam, 32, memberitahu dia berjaya mendapatkan kitab suci itu ketika sedang bercuti bersama keluarga di London. “Sudah lama saya cuba cari terjemahan al-Quran lengkap dalam bahasa Korea malah tak jumpa di negara asal saya.
“Yang ada dengan saya sekarang pun bukan versi lengkap al-Quran,” katanya. Maryam berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya. Dalam pada itu, Maryam memberitahu seorang individu menghadiahkan al-Quran dengan terjemahan bahasa Korea ketika bertemu dengannya ketika bersiar-siar di sekitar London. Individu tersebut yang membuka kaunter tentang kefahaman Islam memberitahunya naskhah berkenaan ditakdirkan buat dirinya memandangkan ia terjemahan bahasa Korea terakhir dalam simpanannya.
“Ketika di London, saya bertemu dengan seorang lelaki yang sangat baik dan dia masih menyimpan versi bahasa Korea tersebut. Dia berkata, ‘ini adalah yang terakhir yang dimiliki, Allah telah merancang untuk memberikan kepada awak jauh dari London’,” kongsinya. Untuk rekod, Maryam mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Imam Masjid Itaewon, Seoul, Korea Selatan pada Julai 2019. Maryam mendirikan rumah tangga dengan Ryzal atau Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim 32, pada Ogos 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Rina yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.