Dah sah jadi suami isteri, Azlan dapat geran kereta dan buku solat sebagai hadiah perkahwinan

Bapa bayi 11 bulan yang menghidap penyakit paru-paru kronik Mohd Azlan luah rasa syukur apabila dia terima geran pemilikkan kenderaan daripada pemilik kedai kereta terpakai, Firdaus Sharifuddin sebagai hadiah perkahwinan. Menurut laporan Berita Harian, Firdaus menyerahkan geran tersebut ketika menghadiri majlis pernikahan pasangan tular tersebut di Masjid Al Maarufi, Seberang Kota, semalam.

“Syukur Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dan saya akan menjaga Norhidayu dengan baik serta anak kami, Mohd Aariz Zafran selain empat anak hasil perkahwinan Norhidayu terdahulu,” katanya Mohd Azlan. Sementara itu, Firdaus berharap kereta Proton Persona yang diberikan dapat membantu memudahkan urusan Azlan serta isteri untuk mengulang alik ke hospital bagi menguruskan hal berkaitan anaknya.

“Saya serah geran yang sudah ditukarkan nama kepada Mohd Azlan serta cukai kereta Proton Persona ini dan buku solat sebagai hadiah perkahwinan mereka. Macam saya katakan sebelum ini, kalau dah bagi takkan nak ambil balik pula hadiah kereta ini sebab semuanya untuk kemudahan anak mereka yang menghidap paru-paru kronik,” katanya. Kereta Proton Persona ini pun untuk kegunaan mereka berulang alik membawa Mohd Aariz ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan untuk mereka bergerak ke sana ke mari dengan mudah la,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Mohd Azlan tidak menyangka ramai orang datang menziarahi meskipun kisah silam keluarganya tular di media sosial. Terdahulu, kisah Mohd Azlan mendapat perhatian serta simpati warganet termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa bayi lelaki berusia 11 bulan menaiki motosikal sambil memakai alat pernafasan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.