Berkolaborasi dengan Adidas, ramai warganet yang mula boikot Zus Coffee

Warganet telah mula cancel Zus Coffee dan mengucapkan selamat tinggal buat jenama kopi tempatan itu susulan kolaborasinya bersama Adidas, salah satu jenama yang sedang diboikot sekarang. Menerusi tinjauan di X, rata-rata warganet berkata Zus Coffee menjadi pilihan kerana mereka tidak mahu membeli dari jenama kopi yang memberikan sokongan kepada Israel.

Walaupun Zus Coffee telah membuat permohonan maaf namun warga maya menyifatkan permohonan tersebut tidak ikhlas kerana jenama kopi tempatan itu tidak menyelitkan konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah. Sementara itu, ramai warganet mengucapkan selamat tinggal kepada Zus Coffee bukan hanya kerana kolaborasi tersebut namun juga kerana permohonan maaf yang dianggap tidak ikhlas.

Dalam pada itu, ada juga warganet yang mempersoalkan mengapa Zus Coffee memilih untuk tidak menyuarakan sokongan mereka terhadap Palestin sedangkan buat masa sekarang pasaran mereka hanya di Malaysia. Tidak cukup dengan itu, ramai juga yang membuat hantaran bertanyakan jenama kopi tempatan lain yang boleh dijadikan pilihan selain daripada Zus Coffee.

Baru-baru ini, Zus Coffee telah membuat satu hantaran di Instagram mengumumkan kerjasama antara jenama kopi itu dengan Adidas dalam satu acara fesyen bagi barangan sukan. Disebabkan kerjasama itu, Zus Coffee menerima kritikan hebat daripada warganet disamping mengancam untuk memasukkan jenama kopi itu dalam senarai untuk diboikot. Bagaimanapun, selepas menerima kritikan daripada warga maya pihak Zus Coffee telah memadam hantaran tersebut namun warganet telah membuat tangkap layar perkongsian itu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.