Hampir 10 tahun kahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat, Marsha Milan akui masih cari masa yang sesuai untuk buat rawatan ivf

Penyanyi, Marsha Milan dan suami masih cari waktu sesuai buat rawatan IVF ( rawatan kesuburan In-vitro) selepas hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga tanpa dikurniakan cahaya mata. Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh berkata, sehingga kini dia dan suami masih mencari waktu sesuai untuk menjalani rawatan IVF bersama.

Hal ini demikian kerana proses berkenaan menuntut komitmen untuk tempoh masa yang panjang. Malah, dia dan suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed telah berjumpa pakar bagi berbincang mengenai rawatan berkenaan. “Sebenarnya sudah ada perancangan untuk IVF dari tahun lepas tetapi saya tiada masa lagi, seperti semua maklum kaedah berkenaan memerlukan komitmen penuh dari segi waktu.

Perkara ini pun dah bincang dengan suami, dia setuju sahaja. Kami sudah berjumpa pakar-pakar sebelum ini, tinggal lagi cari waktu untuk lakukannya sahaja. Kalau nak cakap soal tarikh itu pun saya belum tahu, rawatan ini rumit apatah lagi untuk wanita kerana memerlukan rehat dalam jangka panjang, banyak benda saya kena fikir sebenarnya,” katanya.

Ujar penyanyi berusia 39 tahun, dia juga tidak kisah seandainya mengambil anak angkat seandainya benar mereka ditakdirkan tiada rezeki zuriat. Bagaimanapun, suami Marsha yang juga ahli perniagaan menasihatinya agar tidak berfikiran jauh mengenai hal berkenaan kerana mereka masih belum dikatakan terlalu ‘tua’. “Kalau Allah kata tunggu, kami perlu reda. Suami pula tidak bagi saya fikir terlalu jauh lebih-lebih lagi soal pengambilan anak angkat.

Saya tidak kisah mengambil anak angkat dan pernah terdetik untuk lakukan perkara tersebut jika tiada rezeki dapat zuriat sendiri. Suami pun tidak tergesa-gesa kerana kami pun belum tua sangat dan masih ada masa,” ujarnya. Sekadar info, Marsha mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail yang juga merupakan ahli perniagaan pada 31 Disember 2015.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.