Ada yang tawarkan tmpat tinggal, Datuk Red akui selesa berumah dalam kereta dan tak mahu susahkan orang

Usahawan sensasi, Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali Datuk Red malas susahkan orang atas situasi yang sedang dihadapinya ketika ini. Datuk Red berkata, dia terpaksa menolak pelawaan segelintir individu yang menawarkan tempat tinggal buat dirinya. Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi berkata, dia malas mahu menyusahkan orang lain, selain akui selesa berumah dalam kereta meskipun mampu menyewa rumah atau bilik. Ujar usahawan berusia 46 tahun, ramai telah mempelawa dirinya untuk tumpang menetap di rumah mereka, bagaimanapun dia terpaksa menolak. Klik sini untuk lihat video.

“Terima kasih banyak-banyak. Bukan tak mahu tetapi malas nak susahkan orang. Alhamdulillah saya berkemampuan untuk sewa rumah atau bilik cuma nak biasakan dan mengajar diri untuk selesa tinggal di dalam kereta,” katanya dalam sebuah video TikTok. Katanya lagi, dia masih dalam proses membiasakan diri dengan kehidupan sekarang iaitu bergelar duda selepas berpisah dengan kedua-dua isterinya. Dalam pada itu, dia juga meminta orang ramai terutama pengikut tidak berasa simpati dengan nasib kehidupannya sekarang.

Jelas Datuk Red, dia tidak mempunyai masalah untuk berumah dan tinggal dalam kereta. “Semua ini baru sahaja berlaku pada Selasa lalu, dan kini dalam proses membiasakan diri. Tiada masalah dan saya selesa tinggal dalam kereta. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik. Saya selesa begini, jangan risau dan tak usah risaukan saya. Terima kasih semua,” jelasnya.

Sementara itu, dalam video lain dimuat naik kelihatan bahagian tempat duduk penumpang di bahagian belakang dipenuhi dengan kotak dan barang perniagaan miliknya. Sebelum ini, Datuk Red memaklumkan dia sudah menyewa sebuah bilik, namun kini dalam proses renovasi dan terpaksa bermalam di dalam kereta. Pada Selasa lalu, Datuk Red sah berpisah talak satu dengan bekas isteri pertamanya, Sharifah Norshafila Hashim di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor.

Sementara, pada bulan lalu, ikatan perkahwinannya dengan penyanyi, Adira Suhaimi juga terlerai apabila berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.