Pelakon Eyra Hazali berkongsi berita gembira dirinya kini sedang hamil cahaya mata ketiga. Menerusi perkongsian di Youtube, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 25, mendedahkan dia hamil anak kembar namun salah seorang tidak menjadi. “Rupanya dua anak Mama Papa tapi takda rezeki, satu tak jadi. Tinggal lah satu anak Mama Papa. Tak apa, Mama Papa masih bersyukur atas rezeki ini. Terima kasih Allah SWT.” Kata Eyra, dia bakal melahirkan bayi ketiga kira-kira dalam masa empat bulan.
“Bismillahirrahmanirahim, penambahan satu lagi cinta dalam keluarga kami. Baby nombor tiga dalam perjalanan! Disini Eyra minta doa-doa baik dari semua untuk kami sekeluarga memandangkan bayi kecil kami akan bersalin dalam masa empat bulan. Terima kasih semua.” Untuk rekod, Eyra dan suami yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Hayder Qhalish dan Endra Haqimie.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.